Angkatan tentera Pertempuran_Waterloo

Duke Wellington, seorang jeneral veteran Perang Semenanjung memerintah tentera terdiri daripada anggota British, Belanda dan Jerman.

Lihat juga: Susunan perang Kempen Waterloo

Tiga angkatan tentera terlibat dalam pertempuran Waterloo: Armée du Nord Napoleon; tentera multinasional Wellington; dan tentera Prusia di bawah pemerintahan Blucher. Tentera Perancis dengan kekuatan seramai 69,000 orang terdiri daripada 48,000 infantri, 14,000 askar pasukan berkuda, dan 7,000 artileri dengan 250 meriam. [14] Napoleon mengguna kerahan untuk mengisi kekuatan tentera Perancis sepanjang pemerintahnnya, tetapi beliau tidak menggunakan tentera kerahan bagi kempen 1815. Kesemua tenteranya veteran sekurang-kurangnya satu kempen yang pulang berkhidmat secara sukarela. Khususnya, pasukan berkuda ramai dan menggerunkan, dan termasuk 14 rejimen heavy cavalry (askar pasukan berkuda berperisai) dan tujuh rejimen lancer (askar pasukan berkuda bersenjatakan tombak) yang serba boleh. Kedua-dua tentera Campuran tidak memiliki tentera berperisai, dan Wellington hanya mempunyai sebilangan kecil lancer.

Wellington mendakwa beliau mengetuai "sebuah angkatan yang dahsyat, amat lemah dan tidak berkelengkapan baik, dan Staf yang tidak berpengalaman".[15] Tenteranya terdiri daripada 67,000 men: 50,000 infantri, 11,000 pasukan berkuda, dan 6,000 artileri bersama-sama 150 meriam. Daripada ini, 25,000 orang British, dengan tambahan 6,000 orang pasukan King's German Legion. Kesemua anggota Tentera Darat British askar tetap tetapi hanya 7,000 daripada mereka veteran Perang Semenanjung.[16] Tambahan kepada ini ialah 17,000 anggota tentera Belanda dan Belgium, 11,000 orang dari Hanover, 6,000 dari Brunswick, dan 3,000 dari Nassau.[17]

William, Putera dari Orange menunjukkan keberanian peribadi semasa pertempuran.